20160220

Bertatih - tatih dahulu...

Assalamualaikum. After a while, aku terjah balik blog aku ni. Kutt laa ini pondok ke rumah ke? Mesti dah penuh dengan sawang siap berhantu. Ekk? Haha

Assalamualaikum, semua. Harap sihat laa yeaa? Hari ni nak bercerita pasal berniaga online. Actually, aku still baru dalam dunia perniagaan online ni. Kalau tanya berapa ramai online customer yang aku dah dapat? Aku akan jawab yang aku masih mampu kira dengan jari. So, mesti laa masih belum kelihatan lagi customer dalam talian aku kann? Tak apa laa. Hari - hari aku cuba fikir positif. Tak apa. Esok mesti ada rezeki untuk aku. Rileks je. Tak gituu? :)

Cerita pasal bisnes ni, tetiba teringat mulut mama dengan kakak - kakak yang tanya... Tak nak sambung belajar ke? Ambil laa swasta. Bayar mahal pun tak apa. But, sejak arwah ayah dah tak ada? Aku dah tak letak level belajar tu dekat tahap paling atas sekali. Mungkin banyak sangat yang aku fikir. Siapa yang akan jaga mama? Siapa yang akan tengok - tengok kan dia? Sebab tu jugaa aku masih percaya yang kalau aku tetap bertahan dengan bisnes ni? Aku akan nampak hasilnya. Insha'allah.

Lepas dah elok berniaga gelang manik? Hari ni, aku cuba ceburkan diri aku dalam bidang perniagaan dropship pulaa. Kutt - kutt aku masih boleh kukuhkan duit poket aku even tak laa teguh mana pun pendapatan yang aku dapat.

Jadi, aku nak tanya korang yang mungkin ada pengalaman ceburkan diri dalam perniagaan online ni. Lebih - lebih lagi kepada dropshipper. Nak laa minta nasihat dan tips sikit. Dropship kan kena promote barang? Selalunya, anda promote barang di group apa kalau di Facebook? Macam mana pulaa dengan Instagram? Anda letak berapa banyak #tag dekat situu? Dan, waktu bila pulaa masa sesuai nak post barang - barang kita tu? Ada yang nak bagi pencerahan tak dekat aku yang baru belajar ni?

Apa pun, harap - harap aku masih berfikiran positif dan yakin bahawa keputusan aku untuk terus berniaga ni adalah jalan yang betul. Jalan untuk aku kukuhkan diri aku selain bantu keluarga aku. Moga Allah redha :)

Haa lagi satu. Minta tolong doakan aku...

MUDAH - MUDAHAN FAIZATUL RAIHAN BINTI MOHD JAMALI BEROLEH REZEKI YANG TIDAK PUTUS - PUTUS DAN TERUS BERNIAGA SECARA HALAL. AMIIN.

Terima kasih :D

PESANAN DARIPADA PENAJA: AWAK CARI GELANG MANIK MURAH? BOLEH TENGOK @CRAFTGRAVOR. AWAK CARI KEK LAPIS SARAWAK? BOLEH JUGAA TENGOK @CRAFTGRAVOR. AWAK CARI MINYAK WANGI DE'XANDRA? PUN BOLEH TENGOK @CRAFTGRAVOR. OR KALAU NAK CEPAT? BOLEH TERUS WHATSAPP SAYA, KU AAN @0132494985 ;)